Tuesday, February 15, 2011

Denyut Kasih Medik oleh Dr Farhan Hadi

Novel ini mengisahkan perjalanan kerjaya seorang doktor pelatih (HO)..Dr Muslih memulakan kerjayanya sebagai doktor pelatih di Hospital Selayang.Ujian pertama beliau adalah di Jabatan Ortopedik. Dr Muslih memulakan tugasnya bersama rakan seperjuangannya Dr Nazir.Pelbagai ujian didepani oleh Dr Muslih. Antaranya ialah penggunaan sejenis ubat mencairkan ubat darah yang mengandungi protein khinzir iaitu Clexane diberikan kepada pesakit yang beragama Islam. Dr Muslih bertegas untuk menggantikan ubat lain yang halal iaitu Heparin dan terpaksa bertegas dengan pihak atasan kerana mempertahankan sensitiviti agama pesakit-pesakit Muslim. Dr Muslih juga menghadapi cabaran di jabatan-jabatan dan wad lain antaranya Jabatan Perubatan Am, Obstetrik, Gynecology, Surgery,Pediatrik, N.I.C.O dan Maternity. Dr Muslih juga berhadapan dengan kerenah pesakit-pesakit, waris pesakit, protokol hospital serta pihak atasan yang sentiasa bertindak tanpa usul periksa disebabkan sifat keangkuhan mereka sebagai pihak yang berkedudukan. Tidak lupa keimanan dan ketakwaan sifat peribadi Dr Muslih yang yakin pada Allah S.W.T membawa kepada pertemuan dengan jodoh pilihan Allah S.W.T iaitu Qani'ah dengan syariat yang sentiasa terpelihara. Sesungguhnya saya percaya buku ini harus dibaca bukan sahaja pada seorang yang bergelar doktor tetapi kepada sesiapa sahaja kerana kita mungkin menjadi seorang pesakit atau pernah melalui kehidupan seperti yang diceritakan. Hanya taat akan segala perintah Allah S.W.T dan yakin padaNya akan menjadikan hidup kita bermakna dunia dan akhirat. Semoga Allah S.W.T memberkati penulis kerana dengan dakwah mata penanya yang disampaikan dapat menyedarkan hati-hati yang selama ini lalai dari jalan yang diredhaiNya. Semoga redha Allah S.W.T sentiasa bersama kita..Insya Allah.. 




Monday, February 14, 2011

Kelahiran Rasulullah S.A.W Junjungan Mulia

Assalammualaikum..alhamdulilah saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat dan menghargai kehidupan ini..Syukur padaMu Ya Allah..
 
Besok adalah 12 Rabiulawal 1432H..Merupakan hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W ..Kelahiran yang membawa rahmat seluruh alam dan Rasulullah untuk umat seluruh dunia..
 
Ya Rasulullah walaupun telah beribu tahun dirimu meninggalkan kami namun harta tinggalanmu begitu besar dan bermakna kepada kami umatmu ya Rasulullah iaitu Al Quran dan Sunnahmu..
 
Redhailah kekasihMu Ya Allah..semoga kami sentiasa mengingati, mengamalkan sunnahmu dan berpegang teguh dengan kalam Allah yang diturunkan kepadamu..Al Quran..
 
Ya Rasulullah kami merinduimu..dan kami bersyukur menjadi umatmu dan moga kami dapat bersama-sama denganmu di akhirat kelak..insya Allah..Selawat dan salam untuk junjungan mulia kami Nabi Muhammad S.A.W..Dan amatilah wasiat Rasulullah S.A.W dan peganglah sehingga akhir hayat..
 
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Thursday, February 10, 2011

Riwayat Bidadari Syurga

Buku ini menampilkan kisah wanita-wanita pilihan Allah yang diuji keimanan mereka dan dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T di atas segala kesabaran, ketabahan dan kegigihan mereka. Mereka juga turut berjuang bersaksikan kebenaran, keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah S.W.T. Mereka yang terpilih adalah:-

Hawa isteri Nabi Adam a.s.
Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s
Maryam ibu Nabi Isa a.s
Aminah binti Wahab ibu Rasulullah SAW
Khadijah binti Khuwailid isteri Rasulullah SAW
Saudah binti Zam'ah isteri Rasulullah SAW
Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq isteri Rasulullah SAW
Hafsah binti Umar ibn Al-Khattab isteri Rasulullah SAW
Zainab binti Khuzaimah isteri Rasulullah SAW
Hindun binti Abu Umaiyah (Ummi Salamah) isteri Rasulullah SAW
Ramlah binti Abu Sufyan isteri Rasulullah SAW
Zainab binti Muhammad SAW puteri Rasulullah SAW
Fatimah Az Zahraa puteri Rasulullah SAW
Ratu Balqis isteri Nabi Sulaiman a.s.
Zulaikha isteri Nabi Yusuf a.s.
Yukabid binti Qahat ibu Nabi Musa a.s.
Masyitah penyisir rambut puteri Fir'aun
Asiah binti Muzahim isteri Fir'aun
Halimah As-Sa'diah ibu susuan Rasulullah SAW
Sumayyah binti Khayyat hamba Abu Huzaifah
Barakah binti Tsa'labah (Ummu Aiman) pengasuh Rasulullah SAW
Nasibah binti Kaab (Ummi Umarah) pejuang di medan perang kiri dan kanan Rasulullah SAW
Rumaisa binti Malhan ibu Anas ibn Malik
Al-Khansaa' binti Amru penyair terkenal
Khaulah al Azwar Al Kindi serikandi pejuang Islam di medan peperangan
Asma Abu Bakar As-Shiddiq digelar Dzatin-Nithaqain
Nai'lah Al Farafishah isteri Khalifah Uthman ibn Affan
Zainab binti Ali bin Abu Talib saksi korban karbala
Rabi'ah Al Adawiyah Wali Allah Yang Agung
Zubaidah binti Jaafar isteri Khalifah Harun Ar-Rasyid
Zinnirah korbankan mata demi menegakkan agama Allah S.W.T
Penantian bidadari syurga Ainul Mardhiah kepada para syuhada di medan jihad

Sesungguhnya kisah-kisah pengorbanan dan ketaatan mereka terhadap Allah S.W.T tidak ternilai jika hendak dibandingkan dengan seluruh kekayaan dan kemewahan di bumi ini..Segala pengorbanan dan kesusahan menegakkan agama Allah S.W.T insya Allah pasti ada ganjaran dan kesenangan yang Allah janjikan dan yakinlah bahawa janji Allah itu benar..Semoga saya dan pembaca yang menghayati kisah mereka dapat menjadikan wanita-wanita pilihan Allah ini sebagai idola mahupun panduan agar mendidik diri kita mencontohi keperibadian mereka..insya Allah..

 

Monday, February 7, 2011

Sinopsis buku..

Banyak dh buku saya dah baca tak kira la yang dibeli sendiri ke,pinjam orang ke, atau pinjam kat perpustakaan..Setiap buku ada kisah dan kehidupannya tersendiri..boleh wat kita menangis..seronok dan macam-macam perasaan lagi..Nanti saya update setiap buku yang saya rase ok dan boleh memberi perangsang kepada pembaca kat luar..tunggu tau..

Senarai buku yang ada dalam simpananku sejak tahun 2006..

Assalammualaikum..hari ni hari yang kurang ceria..demam..selsema..hati sedih..menambahkan ketidakselesaan moodku..:(..tpi ku gagah diri untuk belajar mengemaskini blog baru aku ni..meh tgk senarai buku aku..ade x yang sama dgn pembaca kt luar?leh share sama..

>Adam dan Hawa karya Aisya Sofea
>Dewa Cintaku karya Dilla Hussein
>Cinta Pertama karya Norhayati Berahim
>Rela Kumenanti karya Damya Hanna
>Romeo vs Juliet karya Nass Alina Noah
>Asmara Yang Pertama karya Nass Alina Noah
>Bisikan Rindu karya Mimie Afinie
>Pasrah Kasih karya Mazia Harris
>Pilot Cafe karya Zuraidah Othman & Ahadiat Akasha
>Mencari Cinta karya Leeya Myra
>Setulus janji karya Aina Emir
>Kau Kekasihku karya Anis Ayuni
>Kau Yang Satu karya Haimy Ajmin
>Indahnya Kasih karya Kreisya Reisya
>Saat Cinta Bersemi karya Damya Hanna
>Biarlah Rindu Ini Berguguran karya Azira Ahmad
>Secangkir Kopi Panas di Pilot Cafe karya Ahadiat Akashah
>Kasih Dania karya Ayu Emelda
>Cinderella karya Siti Rohayah Attan
>Tawajuh Cinta karya Juwairiah Md Jamil
>Tautan Hati karya Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
>Jodoh atau Cinta karya Iman Nizrina
>Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul karya Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
>Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
>Kopi O Tanpa Gula karya Abd Jalil Ali
>Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
>Denyut Kasih Medik karya Doktor Farhan Hadi


Semua novel ni saya dh baca kecuali novel denyut kasih medik..baru je beli..hehe..