Tuesday, February 15, 2011

Denyut Kasih Medik oleh Dr Farhan Hadi

Novel ini mengisahkan perjalanan kerjaya seorang doktor pelatih (HO)..Dr Muslih memulakan kerjayanya sebagai doktor pelatih di Hospital Selayang.Ujian pertama beliau adalah di Jabatan Ortopedik. Dr Muslih memulakan tugasnya bersama rakan seperjuangannya Dr Nazir.Pelbagai ujian didepani oleh Dr Muslih. Antaranya ialah penggunaan sejenis ubat mencairkan ubat darah yang mengandungi protein khinzir iaitu Clexane diberikan kepada pesakit yang beragama Islam. Dr Muslih bertegas untuk menggantikan ubat lain yang halal iaitu Heparin dan terpaksa bertegas dengan pihak atasan kerana mempertahankan sensitiviti agama pesakit-pesakit Muslim. Dr Muslih juga menghadapi cabaran di jabatan-jabatan dan wad lain antaranya Jabatan Perubatan Am, Obstetrik, Gynecology, Surgery,Pediatrik, N.I.C.O dan Maternity. Dr Muslih juga berhadapan dengan kerenah pesakit-pesakit, waris pesakit, protokol hospital serta pihak atasan yang sentiasa bertindak tanpa usul periksa disebabkan sifat keangkuhan mereka sebagai pihak yang berkedudukan. Tidak lupa keimanan dan ketakwaan sifat peribadi Dr Muslih yang yakin pada Allah S.W.T membawa kepada pertemuan dengan jodoh pilihan Allah S.W.T iaitu Qani'ah dengan syariat yang sentiasa terpelihara. Sesungguhnya saya percaya buku ini harus dibaca bukan sahaja pada seorang yang bergelar doktor tetapi kepada sesiapa sahaja kerana kita mungkin menjadi seorang pesakit atau pernah melalui kehidupan seperti yang diceritakan. Hanya taat akan segala perintah Allah S.W.T dan yakin padaNya akan menjadikan hidup kita bermakna dunia dan akhirat. Semoga Allah S.W.T memberkati penulis kerana dengan dakwah mata penanya yang disampaikan dapat menyedarkan hati-hati yang selama ini lalai dari jalan yang diredhaiNya. Semoga redha Allah S.W.T sentiasa bersama kita..Insya Allah.. 




No comments:

Post a Comment