Tuesday, June 17, 2014

Anugerah terindah dalam hidupku

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..

Allahuakhbar..

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaanku tika ini..Hati rasa sebak..saat lafaz akad disambut oleh suami dengan lafaz sakinah disahkan oleh saksi-saksi, maka tanggal 07 Jun 2014 bersamaan 09 Syaaban 1435H, sahlah daku menjadi isteri kepada suamiku..Syed Firdaus bin Tuan Muda..bergetar tubuhku..bergenang airmataku saat Allah mengizinkan daku bergelar seorang isteri..akhirnya penantianku selama 26 tahun berakhir sudah..syukur alhamdulilah atas anugerah syurga dunia ini ya Allah..

Saat coretan ini ditulis, baru 10 hari daku bergelar isteri..insya Allah jauh lagi perjalanan kami berdua..doaku walau apa jua yang Allah hadirkan, jadikan lah daku hamba yang berserah diri padaMu ya Allah..

Bila dikatakan jodoh..segalanya menjadi mudah..dan Allah akan bukakan 1001 pintu rezeki untuk menuju pernikahan..

Moga pernikahan daku ini berkekalan hingga ke syurga akhirat..Allahumma Ammiin..


**walaupun majlis saya serba 'kurang' akibat kesilapan pihak lain, saya harap ada 'sesuatu' yang lebih baik yang Allah janjikan untuk kami berdua di dunia dan akhirat..insya Allah..aamiin..

Nurhidayah
5.10 p.m


Wednesday, May 7, 2014

Syurga Dunia

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni 07.05.2014..lagi 30 hari..yeah lagi 30 hari..lagi 30 hari untuk??

Insya Allah..

Moga Allah permudahkan..

Mohon doa semua agar perancanganku diizinkan olehNya..

Semoga berkekalan hingga ke syurga Allah..Allahumma aaminn..


Monday, March 31, 2014

Bulan yang dinanti..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah..terima kasih YA ALLAH kerana masih mengizinkan hamba untuk menulis..

Hari yang ke 90 dalam tahun 2014..

Aku masih disini..masih dengan rutinku..

Yang pasti esok akan menjengah ke bulan APRIL..

Kenapa bulan APRIL?

Sebab ada dua peristiwa penting dalam bulan APRIL..

Pertama..ulangtahun kelahiranku..ye..usiaku bertambah lagi..namun pahala?amal?..hanya ALLAH YANG TAHU bagaimana..:)

Kedua..tahun ini masuk tahun ke-3 aku mengenakan niqab..Allahu..jujur kini aku menanggung suatu 'perasaan' di dalam hati..tak dapat untuk diterjemahkan dengan kata-kata..apatah lagi dikongsi dengan sesiapa..aku tidak bersendirian..kerana aku yakin Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang ada dalam hatiku..selalu berbicara dengan hati..betapa perasaan bersalah itu setiap hari semakin bercambah dalam jiwaku..adakalanya aku menangis..kerna tidak mampu lagi bertahan dengan senyuman..gurauan palsu yang ku hidangkan di hadapan sesiapa..inilah dia ujian untuk tahun ke-3 aku mengenakan niqab..setiap tahun semakin hebat ujian yang diberi..

Aku berdoa..memohon hanya satu..agar sampai ke akhir hayat aku mengenakan niqab dengan jalan yang Allah redha..

Aku harus kuat untuk berjuang..walau telah banyakkkkkk kali aku tewas..

Kerana aku tidak mahu lagi menipu diriku sendiri..tidak mahu menzalimi diriku sendiri..

Dan seterusnya..aku menanti kedatangan bulan JUN dengan hati yang tak keruan..

Moga Allah permudahkan..Insya Allah..

Dan moga aku dan insan-insan kesayanganku dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang..buat empunya diri..sila la 'bayar hutang' cepat2..heheh..



Nurhidayah
11.26 a.m.

Wednesday, November 27, 2013

Debaran

Bismillahirrahmanirrahim..

Tinggal kurang dari 2 minggu lagi seorang lagi ahli keluargaku mendirikan rumahtangga..kali ni kakakku yang kedua..sudah berusia 26 tahun..bakal mendirikan rumahtangga dengan tunang yang dia cintai..percintaan mereka cukup lama bagiku..tapi kalau sudah jodoh, tetap bersama..moga rumahtangga mereka kekal sehingga ke syurga Allah..aamiinn..

Biasalah kalau kenduri kan, rumah pasti penuh dengan barang, orang..takpelah berkorban sedikit..aku akui aku kurang gemar suasana rumah yang sesak dan bising, tetapi kita tak perlu pentingkan diri kan..so sekarang rumah ku meriah dengan kehadiran kakakku yang sulung bersama anak-anaknya..kakakku ini tinggal kat sabah..dah 2tahun lebih tak jumpa..alhamdulilah dapat berjumpa jua..dulu jumpa anak baru 2..sekarang jumpa dah tiga orang..hehe..alhamdulilah rezeki murah..

Dalam kesibukan persiapan perkahwinan kakakku, jauh di sudut hatiku, aku merasa cukup berdebar..aku tak pasti adakah aku akan lalui saat-saat begini ataupun tidak..aku tahu dan cukup kenal hatiku..ye, masih dalam trauma..trauma sepanjang hayat barangkali..aku tidak membenci..cuma aku terkilan, ada juga manusia seperti itu..namun aku bersyukur kami tidak dijodohkan..kerana ternyata dia tidak sesuai buatku..tidak lambat pun Allah menunjukkan padaku 'diri'nya yang sebenar..dan sekarang Allah beri padaku seseorang yang lebih istimewa..

Ye, dia tunangku yang tersayang..dia istimewa..namun aku hanya mampu berdoa agar hubungan kami berpanjangan sehingga ke syurga Allah..aku harap hatiku tidak berharap langsung padanya..kerana dia manusia biasa..akan tetapi Allah jualah yang menentukan..walaupun banyak kesilapanku dan dia, aku harap kami tidak terlambat lagi..semoga kami berdua dipanjangkan jodoh dan saling berkasih sayang sebagai suami isteri yang sah..aamiin..

Oklah nanti aku update gambar pernikahan dan perkahwinan kakakku untuk catatan selanjutnya..

Update#




Nurhidayah

Thursday, November 21, 2013

Tiada Lagi Muka Buku




Bismillahirrahmanirrahim..

Diam tak diam dah lama aku berfb atau bermuka buku..dan sekarang masanya aku menutup akaun facebook aku..

Kerana apa?

Kerana palsunya nilai 'rakan' di situ..

Sekadar 'add' dan terus senyap..

Kenal hanya pada nama..

Walau kenal dari zaman sekolah tetap tak berupaya menghubungkan silaturrahim tersebut..

Aku kecewa..

Dari situ aku belajar..sahabat sejati itu bak mencari permata yang berkilauan dalam serpihan kaca yang berselerakkan..semuanya memantulkan cahaya..tetapi cahaya yang sebenar sukar dilihat..

Maka seumur hidupku aku masih belum menemui sahabat sejati..dan aku benar-benar rindukan sahabat sejati..sahabat yang membawa aku lebih mengenali agamaku dan tuhanku Allah Yang Maha Esa..

Akhirnya..aku menutup akaun facebook ku..supaya hati ini tidak disakiti lagi..

Maka duniaku kini bebas..yeah..Alhamdulilah..


Nurhidayah..

Monday, January 21, 2013

Bangkitlah wahai diri dan sekalian saudaraku



Allah SWT..

 aku-seorang melayu-ISLAM

gambar hiasan
(gambar hiasan)
Bismillahirrahmanirrahim..

Sedih..sedih..semakin hari semakin sedih..adakah ini kesalahanku?kesalahan kami Ya Allah?adakah ini sebagai hukumanMu buat kami?Sedih melihat agama dan bangsa kita diperbodohkan, dihina bangsa lain, kaum kafir!

Ya mungkin kita boleh lihat pada hari ini..di sana sini manusia semakin lalai..hatta kadangkala diri kita juga lalai..ok, kita ambil contoh yang dekat sekali dengan kita..iaitu diri kita sendiri..adakah kita sudah solat dengan sempurna?adakah bacaan Al Quran kita sudah sempurna?bagaimana pula dengan akhlak kita dengan Allah, dengan ibu bapa?dengan makhluk Allah yang lain?tergagap rasanya untuk menjawab..itu baru disoal pada diri sendiri?belum disoal oleh Allah..astagfirullahalazim..

Kemudian dalam keluarga kita..adakah kita menjadi anak yang baik?kakak yang baik?adik yang baik?sudah terpimpinkah orang dibawah kita?saling ingat mengingatikah antara satu sama lain?dalam soal akhirat terutamanya?

Selepas itu, dengan jiran tetangga pula..adakah kita menunaikan hak-hak mereka?contohnya seperti menziarahi jiran..bertegur sapa dengan jiran, memberi pertolongan kepada jiran-jiran tetangga dan sebagainya..

Namun pada hari ini kita gagal..kita alpa..kita lalai dengan semua perkara di atas..saya juga begitu..lalu bagaimanakah caranya kita mampu untuk menjaga agama kita jika kita lemah dari setiap sudut?

Ya Allah, bantu hambaMu dan sekalian umat Muhammad SAW untuk terus bangun meninggalkan kealpaan kami selama ini, bangun untuk membersihkan diri dari kelalaian duniawi ini..bangun untuk berjuang untuk agama ini ya Allah..bangkitkan hati dan jiwa kami ya Allah..

Ampunkan kami ya Allah jika selama ini aku lemah, saudaraku lemah..pimpinkanlah kami ke jalan Mu ya Allah..aamiin ya rabbal alamin..

p/s:-Berjuanglah demi agama bukan bangsa..kerana Cina Muslim itu adalah saudara kita, India Muslim itu saudara kita dan tak kiralah apa bangsa janji kita dibawah akidah yang satu bertuhankan Allah Yang Maha Esa maka kita bersaudara..

Wednesday, January 9, 2013

Permulaan Untuk Tahun Ini

Bismillahirrahmanirrahim..Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulilah..segala puji bagi Allah swt yang masih memberi ruang dan kesempatan untukku mencoretkan di blog 'usang' ini..

Syukur..masih bernafas di bumi Allah swt..tetap mencari keampunan dan rahmat dariNya..insya Allah mudahan akhirnya dengan husnul khatimah..

1434H telah menjengah pada 15 November 2012 yang lalu..bermula 1 Muharram 1434H..kita memasuki tahun hijrah yang baru..moga kita berhijrah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya..insya Allah..(entry lewat..) dan kita memasuki tahun baru Masihi pada 01 Januari 2013 yang lalu bersamaan dengan 18 Safar 1434H..namun masih lagi di takuk lama..tetap meraikan tahun baru Masihi dengan acara maksiat seperti zaman jahiliyah..astagfirullahalazim..moga Allah memilih kita untuk mendapat hidayahNya, agar kita tidak terus tersasar dari jalanNya..

Dan lagi beberapa hari kita akan menyambut Maulidur Rasul..12 Rabiulawal 1434H bersamaan 24 Januari 2013..Allahuakhbar moga Allah beri kita peluang untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak..aamiin..

Sekarang, aku masih keje di tempat lama..dah 5 tahun dah pun..tempat keje paling lama..macam-macam yang dah aku tempuhi..dengan kawan-kawan..dengan majikan..semoga keje lebih baik, ikhlas kerana Allah..insya Allah..

Nanti nak berjalan ke rumah kawan-kawan(blog-blog) mana tahu leh boleh dapat ilham atau motivasi untuk terus mencoret  di blog ku ini..

*semoga ada khabar baik untuk tahun ini..senyum selalu..hadapi ujian dengan senyuman..

3.14 p.m

Comel sangat budak ni dan cerdik..moga ada rezeki suatu hari nanti untuk jadi isteri dan ibu..