Thursday, July 28, 2011

Saifudin bin Jalis atau Laksamana Sunan..

 Gambaran penulis seseorang yang digelar Laksamana Sunan
Assalammualaikum wbt..

Alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang masih mengurniakan segala nikmat kpd Nur dan seluruh hambaNya..moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur padaNya..amin..

Nur baru je habiskan baca buku Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid. Memang menarik dan sangat mengujakan..novel ini adalah kesinambungan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu..Nur benar-benar tertarik dengan jalan ceritanya..mendebarkan..walaupun mengikut logik akal kita tidak akan dapat mencari jawapannya namun jika kita memikirkan kekuasaan Allah pasti kita yakin bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

Watak yang amat hebat tentunya watak Saifudin bin Jalis atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan lelaki berduka dari Tanah Rencong..Sentiasa diburu kejahatan di mana-mana dan juga turut digeruni oleh musuh-musuhnya. Kali ini Laksamana Sunan dihantar ke abad 21 dan berjumpa kembali dengan gadis yang sangat mencintainya iaitu Haryani..Namun takdir ilahi menentukan bahawa manusia yang berlainan zaman tidak akan bersatu..begitulah jua yang terjadi pada Laksamana Sunan dan Haryani..kedua-duanya hampir berkahwin namun Laksamana Sunan kembali kepada zamannya apabila ditembak oleh Hamid pengikut ajaran sesat Ibnu Misad..

Laksamana Sunan adalah seorang lelaki yang hebat dalam pertarungan dan juga hebat ilmu agamanya yang diperolehi dari gurunya seorang wali sufi dari Aceh..itulah yang digambarkan oleh penulis novel ini..Selain itu, keimanan dan keyakinan Laksamana Sunan terhadap Allah swt dan kekuasaanNya teramat dikagumi Nur walaupun beliau hanyalah sebuah watak di dalam novel..Terlalu bagus untuk diikuti oleh kita kerana itulah sebaik-baik pegangan yang perlu kita sematkan di dalam hati..

Laksamana Sunan juga mengamalkan apa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW dan menunjukkan budi pekerti yang baik sebagai seorang hamba Allah..Beliau juga menawarkan perdamaian kepada musuh-musuhnya seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan agama kita yang mulia ini iaitu jalan perdamaian dan jalan kebenaran untuk kembali mentaati suruhan Allah swt. Bayangkan betapa hebatnya pekerti Laksamana Sunan dan bayangkan betapa agungnya dan hebatnya Nabi kita? Seorang manusia biasa yang baru sahaja mencontohi beberapa sifat dan pekerti Nabi Muhammad SAW sudah dianggap hebat, maka bagaimanakah dengan sifat dan pekerti Nabi Muhammad SAW sendiri?tentu jauh lebih hebat, lebih mulia..inilah intipati yang penulis novel tersebut ingin kita fikirkan..sebagai seorang umat Nabi Muhammad SAW, Nur merasakan bahawa kita jangan persiakan peluang yang Allah beri iaitu menjadi umat Nabi Muhammad SAW Rasul terakhir hingga hari kiamat..kerana sesungguhnya kita adalah umat yang terpilih..dan banyak kelebihan pada kita berbanding umat Rasul yang lain..

Maka sesungguhnya segala puji bagi Allah yang menciptakan dan menghadirkan seorang pemimpin agung yang sentiasa menjadi teladan kepada seluruh umat manusia..maka selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW Rasul kita, Nabi yang kita cintai, sayangi, rindui..

Moga selepas ini ramai lagi yang lahir sebagai seorang Laksamana Sunan yang dicorakkan kehidupannya mengikut acuan pekerti Nabi Muhammad SAW agar kita menjadi umat Rasulullah SAW yang boleh dibanggakan..

Salam rindu untuk Laksamana Sunan impianku..
3.23 pm

Friday, July 1, 2011

Sebuah Odyssey hati dan kehidupan



Assalammualaikum..Alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang menguasai semesta alam..masih dalam mood untuk penceritaan sebuah buku menarik, mencuit hati kecil Nur agar muhasabah kembali tentang diri Nur..apa yang perlu dipelajari dalam kehidupan kita sebagai hamba padaNya..

Buku ini menceritakan tentang 'Odyssey' ertinya perjalanan atau pengembaraan dalam bahasa Greek. Pengembaraan atau perjalanan yang dihuraikan dalam buku ini adalah mengenai nama dan sifat-sifat keagungan Allah yang mempunyai 99 nama-nama yang mulia..

Sebagai contoh kadang-kadang kita sebagai manusia sering lupa apa yang terjadi disekeliling kita..contohnya mempersiapkan sesuatu perancangan seperti memulakan kerja di tempat baru..kita tidak pernah pergi ke kawasan tersebut cuma sekadar mencari-cari maklumat dalam buku mahupun internet..akan tetapi walau kita dapat mengenal pasti kawasan tersebut namun untuk memahami atau membayangkan realiti keadaan kawasan tersebut pasti sukar kan?akhirnya kita memutuskan untuk bertanya sesiapa yang pernah melalui kawasan tersebut kan?

Begitulah perumpamaan kita memerlukan 'panduan' dalam kehidupan kita..Allah swt Al Haadi (Yang Maha Memberi Petunjuk) telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk diajarkan kepada umat manusia hingga akhir zaman dan Nabi Muhammad SAW juga meninggalkan sunnahnya kepada kita sebagai panduan selepas kewafatan Baginda, namun berapa ramaikah yang mengingati pesan Nabi Muhammad SAW? Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW semampu yang boleh. Allah Al Haadi juga dapat memberi petunjuk kepada sesiapa jua hambaNya yang dikehendaki untuk ke jalan kebenaran.

Allah Al Matin, Al Jabbar dan Al Wadud yang Maha Kukuh, Maha Menundukkan dan Maha Pencinta adalah satu adunan yang unik yang Allah berikan kepada khalifahNya di muka bumi ini iaitu seorang warden penjara yang tegas, dan berdisiplin dan penyayang kepada banduan-banduan yang menjalani hukuman penjara..Beliau berjaya mendidik hati banduan-banduan tersebut untuk melakukan perubahan dalam hidup mereka..Semuanya atas izin Allah jua yang Maha Mengatur segala-galanya..

Sesungguhnya kehidupan ini pasti dirasakan sebagai penjara sekiranya segala peraturan yang Allah tetapkan dipandang sebagai suatu yang menyusahkan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah supaya kita sentiasa dapat merasakan kasih sayang Allah yang teradun dalam semua peraturan tersebut. Allah menyediakan syurga untuk semua hambaNya dan Dia juga berikan panduan agar kita berjaya sampai ke syurga yang disediakan sebagai kediaman abadi buat kita di kampung akhirat.

Semoga dalam odyssey kita ke negeri akhirat kita sentiasa merasakan kasih sayangnya dalam Asmaulhusna dan dengan rahmatNya jua kita dimasukkan ke syurgaNya dan dijauhi dari azab api nerakaNya..amin..

Nurhidayah
11.20 a.m