Friday, July 1, 2011

Sebuah Odyssey hati dan kehidupan



Assalammualaikum..Alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang menguasai semesta alam..masih dalam mood untuk penceritaan sebuah buku menarik, mencuit hati kecil Nur agar muhasabah kembali tentang diri Nur..apa yang perlu dipelajari dalam kehidupan kita sebagai hamba padaNya..

Buku ini menceritakan tentang 'Odyssey' ertinya perjalanan atau pengembaraan dalam bahasa Greek. Pengembaraan atau perjalanan yang dihuraikan dalam buku ini adalah mengenai nama dan sifat-sifat keagungan Allah yang mempunyai 99 nama-nama yang mulia..

Sebagai contoh kadang-kadang kita sebagai manusia sering lupa apa yang terjadi disekeliling kita..contohnya mempersiapkan sesuatu perancangan seperti memulakan kerja di tempat baru..kita tidak pernah pergi ke kawasan tersebut cuma sekadar mencari-cari maklumat dalam buku mahupun internet..akan tetapi walau kita dapat mengenal pasti kawasan tersebut namun untuk memahami atau membayangkan realiti keadaan kawasan tersebut pasti sukar kan?akhirnya kita memutuskan untuk bertanya sesiapa yang pernah melalui kawasan tersebut kan?

Begitulah perumpamaan kita memerlukan 'panduan' dalam kehidupan kita..Allah swt Al Haadi (Yang Maha Memberi Petunjuk) telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk diajarkan kepada umat manusia hingga akhir zaman dan Nabi Muhammad SAW juga meninggalkan sunnahnya kepada kita sebagai panduan selepas kewafatan Baginda, namun berapa ramaikah yang mengingati pesan Nabi Muhammad SAW? Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW semampu yang boleh. Allah Al Haadi juga dapat memberi petunjuk kepada sesiapa jua hambaNya yang dikehendaki untuk ke jalan kebenaran.

Allah Al Matin, Al Jabbar dan Al Wadud yang Maha Kukuh, Maha Menundukkan dan Maha Pencinta adalah satu adunan yang unik yang Allah berikan kepada khalifahNya di muka bumi ini iaitu seorang warden penjara yang tegas, dan berdisiplin dan penyayang kepada banduan-banduan yang menjalani hukuman penjara..Beliau berjaya mendidik hati banduan-banduan tersebut untuk melakukan perubahan dalam hidup mereka..Semuanya atas izin Allah jua yang Maha Mengatur segala-galanya..

Sesungguhnya kehidupan ini pasti dirasakan sebagai penjara sekiranya segala peraturan yang Allah tetapkan dipandang sebagai suatu yang menyusahkan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah supaya kita sentiasa dapat merasakan kasih sayang Allah yang teradun dalam semua peraturan tersebut. Allah menyediakan syurga untuk semua hambaNya dan Dia juga berikan panduan agar kita berjaya sampai ke syurga yang disediakan sebagai kediaman abadi buat kita di kampung akhirat.

Semoga dalam odyssey kita ke negeri akhirat kita sentiasa merasakan kasih sayangnya dalam Asmaulhusna dan dengan rahmatNya jua kita dimasukkan ke syurgaNya dan dijauhi dari azab api nerakaNya..amin..

Nurhidayah
11.20 a.m



No comments:

Post a Comment