Thursday, November 21, 2013

Tiada Lagi Muka Buku




Bismillahirrahmanirrahim..

Diam tak diam dah lama aku berfb atau bermuka buku..dan sekarang masanya aku menutup akaun facebook aku..

Kerana apa?

Kerana palsunya nilai 'rakan' di situ..

Sekadar 'add' dan terus senyap..

Kenal hanya pada nama..

Walau kenal dari zaman sekolah tetap tak berupaya menghubungkan silaturrahim tersebut..

Aku kecewa..

Dari situ aku belajar..sahabat sejati itu bak mencari permata yang berkilauan dalam serpihan kaca yang berselerakkan..semuanya memantulkan cahaya..tetapi cahaya yang sebenar sukar dilihat..

Maka seumur hidupku aku masih belum menemui sahabat sejati..dan aku benar-benar rindukan sahabat sejati..sahabat yang membawa aku lebih mengenali agamaku dan tuhanku Allah Yang Maha Esa..

Akhirnya..aku menutup akaun facebook ku..supaya hati ini tidak disakiti lagi..

Maka duniaku kini bebas..yeah..Alhamdulilah..


Nurhidayah..

No comments:

Post a Comment