Monday, March 31, 2014

Bulan yang dinanti..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah..terima kasih YA ALLAH kerana masih mengizinkan hamba untuk menulis..

Hari yang ke 90 dalam tahun 2014..

Aku masih disini..masih dengan rutinku..

Yang pasti esok akan menjengah ke bulan APRIL..

Kenapa bulan APRIL?

Sebab ada dua peristiwa penting dalam bulan APRIL..

Pertama..ulangtahun kelahiranku..ye..usiaku bertambah lagi..namun pahala?amal?..hanya ALLAH YANG TAHU bagaimana..:)

Kedua..tahun ini masuk tahun ke-3 aku mengenakan niqab..Allahu..jujur kini aku menanggung suatu 'perasaan' di dalam hati..tak dapat untuk diterjemahkan dengan kata-kata..apatah lagi dikongsi dengan sesiapa..aku tidak bersendirian..kerana aku yakin Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang ada dalam hatiku..selalu berbicara dengan hati..betapa perasaan bersalah itu setiap hari semakin bercambah dalam jiwaku..adakalanya aku menangis..kerna tidak mampu lagi bertahan dengan senyuman..gurauan palsu yang ku hidangkan di hadapan sesiapa..inilah dia ujian untuk tahun ke-3 aku mengenakan niqab..setiap tahun semakin hebat ujian yang diberi..

Aku berdoa..memohon hanya satu..agar sampai ke akhir hayat aku mengenakan niqab dengan jalan yang Allah redha..

Aku harus kuat untuk berjuang..walau telah banyakkkkkk kali aku tewas..

Kerana aku tidak mahu lagi menipu diriku sendiri..tidak mahu menzalimi diriku sendiri..

Dan seterusnya..aku menanti kedatangan bulan JUN dengan hati yang tak keruan..

Moga Allah permudahkan..Insya Allah..

Dan moga aku dan insan-insan kesayanganku dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang..buat empunya diri..sila la 'bayar hutang' cepat2..heheh..



Nurhidayah
11.26 a.m.

No comments:

Post a Comment