Friday, April 15, 2011

KAIN SEGIEMPAT ITU..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum..dah dua hari Nur cuti..Ada dating dengan doktor kt Hospital Kuala Lumpur..hehe..Sebenarnya Nur menjalani ujian holter kt HKL..Selepas keluar wad 04/01/2011 aritu, dapat temujanji untuk ujian holter Isnin (12/04/2011). Ujian holter ini dibuat untuk memantau keadaan jantung kita selama 24 jam..Seksa gak la mesin tu melekat kat badan..Alhamdulilah Nur tak ditahan kat wad(mungkin wad dah penuh..hehe)..Bila doktor kata tak payah stay kat wad, hilang semua debaran..yahoo..!!..

Opps..panjang pulak mukadimah..ok berbalik pada tajuk kat atas tu..bukan kain sebarangan okay..kain segiempat tu maksudnya purdah atau niqab..Alhamdulilah niat Nur sejak awal tahun ini untuk berpurdah dimakbulkan Allah S.W.T..Jumaat (08/04/2011) lalu, Nur memulakan pemakaian purdah setelah lama berfikir..memahami dan mempelajari apa itu purdah dan pemakaiannya..Alhamdulilah boleh sesuaikan diri..kat tempat keje pun boleh berpurdah..Rasa selamat..dilindungi dan tenang memakainya..Walaupun pada awalnya rasa agak kekok sikit..biasalah kan benda yang tak biasa kita buat kan..:). Sebenarnya Nur pun tak pernah terfikir Nur akan memakai purdah..Niat Nur hanya nak menutup diri ini dari dipandang dan memandang kepada perkara atau benda yang bagi Nur tidak elok dan mendatangkan fitnah..Selain tu dengan berpurdah dapat menahan diri Nur dari melakukan perkara yang tidak manis dipandang orang..kan dapat menjaga diri tu..

Pemakaian purdah/niqab ini bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Malaysia kerana terdapat segelintir muslimah berpurdah dan kebanyakannya yang Nur perhatikan adalah pelajar jurusan agama atau yang melanjutkan pelajaran di negara Timur Tengah..Namun Nur rasa sedih jugak bila dapat tahu ada larangan pemakaian purdah di Institusi Pengajian Tinggi mahupun sektor pekerjaan sedangkan negara kita dikatakan sebuah negara yang bebas beragama dan berpakaian apapun..Mengapa bangsa lain bebas mengenakan baju atau simbol keagamaan atau kebudayaan mereka dan mengapa pemakaian purdah yang berkaitan dengan Islam ini dilarang sedangkan agama rasmi kita adalah Agama Islam?Semoga ada pihak yang dapat memperbetulkan ketidakadilan ini..insya Allah..

Dalam Islam pemakaian purdah/niqab tidaklah diwajibkan kerana aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan..Namun bagi Nur berdasarkan pada keadaan zaman yang tiada batasan dan sempadan ini, maka pada pandangan Nur bahawa pemakaian purdah itu boleh dikatakan perlu bagi melindungi muslimah sekalian dari pandangan kaum lelaki yang mempunyai penyakit hati dan ditambah pula jika muslimah itu mempunyai kelebihan wajah kurniaan Allah yang menawan..Dewasa ini kita banyak dikejutkan dengan berita yang amat menyayat hati lantaran keterlanjuran pergaulan lelaki dan wanita..Pembuangan bayi akibat zina..rosaknya anak-anak gadis..semuanya adalah kerana kebodohan kita sebagai perempuan yang mudah dirayu..dipujuk..ditipu..Justeru itu Nur berpendapat bahawa muslimah sekalian harus menitikberatkan soal pemakaian kita dan tutuplah dengan sempurna untuk mengelakkan agar kita tidak diganggu..Dan kurangkan mempamerkan gambar kita di laman sosial dengan jarak yang begitu dekat dan terlihat dengan jelas raut wajah kita kerana boleh mendatangkan fitnah pada hati-hati yang melihatnya dengan nafsu serakah..

Selain itu, kelebihan berpurdah juga dapat membolehkan muslimah menghadiri masjid atau surau bagi tujuan menuntut ilmu kerana aurat kita sudah dijaga dengan seeloknya..kerana kaum wanita dilarang ke masjid atau surau jika auratnya masih tidak terjaga kerana bimbangkan fitnah ke atas dirinya dan kepada kaum lelaki..Tetapi jika tiada keperluan untuk ke masjid atau surau lebih baik muslimah itu solat di rumah kerana solat di rumah itu lebih baik bagi seorang wanita..Muslimah yang berpurdah juga mempunyai keistimewaan di akhirat nanti kerana pada hari Allah memanggil manusia untuk melihat wajahNya, Allah akan datang pada muslimah yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah..masya Allah..betapa sayangnya Allah pada kita muslimah yang berpurdah ikhlas semata-mata kerana mengharap keredhaannya..

Semoga kita sama-sama muhasabah diri dan menjaga aurat kita dengan sempurna seiring dengan sifat dan sikap kita semata-mata kerana Allah..Tabahkan hati dengan apa jua tohmahan, pandangan, persepsi orang-orang di sekeliling..Biarlah kita dipandang buruk oleh manusia asalkan kita mulia di pandangan Allah yang menciptakan kita..Kerana dari DIA kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali..Patuhilah perintah Allah dan janganlah bersikap lewa di atas perintah Allah yang ditetapkan ke atas kita sebagai perisai kehidupan dunia dan akhirat..

Nurhidayah yang serba kekurangan..
10.29 a.m





 Banyak ilmu dan pengetahuan diperolehi dari buku ini..Amat menarik pengisiannya dan sebagai panduan kepada Nur untuk memperbaiki diri ini untuk menjadi yang lebih baik..insya Allah..amin..

No comments:

Post a Comment