Wednesday, May 4, 2011

KASIH SEORANG ADAM

Sekadar gambar hiasan
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum..alhamdulilah segala puji bagi Allah s.w.t yang memberi rahmat dan memberi kesempatan pada Nur untuk terus memberi peringatan pada diri Nur sendiri dan juga insya Allah kepada sesiapa yang pernah tersesat ke sini.. hehe:)

Umum mengetahui kaum Adam adalah lelaki dan asalnya adalah Nabi Adam a.s juga adalah seorang lelaki dan manusia pertama yang diciptakan Allah swt. Adam pasangannya adalah Hawa yakni perempuan. Itu adalah fitrah alam samada manusia mahupun haiwan iaitu jantan dan betina. Rasul-rasul dan Nabi-nabi utusan Allah juga adalah dikalangan kaum Adam sendiri. Allah telah berfirman yang bermaksud:-


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah An-Nisaa (4): ayt 1)

Ok hari ni Nur nak cerita sikit tentang kaum Adam yang Nur tahu melalui pembacaan, pendapat peribadi mahupun pengalaman Nur sendiri. Antaranya adalah:-

1-   HIDUP LELAKI LEBIH MUDAH/DIANGGAP MUDAH
    - Mereka menganggap apa jua masalah yang datang adalah sesuatu yang mudah ditangani walaupun hati mereka mengatakan tidak. Mereka cenderung menganggap sesuatu itu adalah remeh terutamanya berkaitan permasalah kaum wanita. Kerana itu lelaki tidak memahami sebarang bentuk kiasan kerana mereka suka berterus terang tetapi dalam soal perasaan dan hati mereka berada di bawah tahap sifar kerana sangat takut berterus terang walaupun telah berlaku curang. Sekiranya wanita tidak jelas tentang sesuatu mengenai diri lelaki lebih baik berbincang secara terbuka mahupun terus ke tajuk sebenar tanpa perlu kiasan.

2-  BAHASA LELAKI BERLAINAN DARI PERLAKUANNYA
   - Lelaki sukar memahami wanita dan wanita sukar memahami lelaki. Kerana apa? Kerana perbezaan bahasa dan maksud yang sebenar. Seorang lelaki yang berbicara dengan seorang wanita tidak akan memaksudkan apa yang dibicarakannya tapi apa yang dilakukannya adalah apa yang dimaksudkannya. Sebagai contoh jika seorang lelaki mengatakan dia suka pada seorang wanita bukanlah bermakna dia menyukai wanita itu secara serius, akan tetapi jika lelaki itu sanggup berbuat apa sahaja kerana wanita itu bermakna wanita itu yang ada dalam hatinya walaupun lelaki itu tidak pernah menyuarakan apa-apa perasaan pada wanita tersebut, kerana lelaki sukar meluahkan apa-apa yang bermakna melalui kata-kata.

3-  LELAKI LEBIH SENANG BERDIAM DIRI
   - Lelaki lebih suka menyendiri mahupun berdiam diri jika sedang marah mahupun berfikir tentang yang serius.

4-  LELAKI TIDAK SUKA DIPAKSA
   - Lelaki tidak suka dipaksa dengan sesuatu yang tidak mereka sukai lebih-lebih lagi tentang perasaannya dan jika terdesak mereka akan mengatakan sesuatu yang tidak wanita sukai. Lebih baik meneliti tentang perlakuannya atau perubahannya dan membiarkan mereka sendiri berterus terang.

5-  LELAKI TIDAK SUKA DIKRITIK
   - Mereka tidak suka dikritik lebih-lebih lagi oleh orang yang mereka sayangi kerana jiwa lelaki sebenarnya lebih sensitif bila mereka sangat menyayangi seseorang wanita itu.

6-  LELAKI SENTIASA PERLUKAN SOKONGAN
   - Mereka sangat perlukan sokongan, bimbingan walaupun telah dewasa kerana mereka jarang berfikir dalam jangka masa panjang. 

Ok, cukup kot banyak tu, sebenarnya banyak lagi, tapi itu ciri-ciri yang selalu Nur jumpa, dan satu lagi adalah lelaki memang terkenal dengan keegoaan mereka yang kadang-kadang tidak bertempat langsung. Tapi walau setinggi mana ego mereka, mereka tetap akan kalah dengan kasih sayang seorang wanita.  

Justeru itu, Allah telah menciptakan pasangan lelaki seorang wanita yang mampu melengkapi segala kekurangan dirinya dan dapat membahagiakan hatinya di kala susah dan senang..Kasih seorang lelaki itu tidak kurangnya dari kasih seorang ibu namun mereka kadangkala gemar menyembunyikannya di lubuk hati yang paling dalam. Ketahuilah bahawa dalam hati seorang lelaki itu ada seorang wanita yang pernah dia cintai setulus hatinya yang diletakkan di sudut hatinya yang paling dalam walaupun dia telah pun berkahwin.

Semua yang Nur coretkan disini semata-mata dari pembacaan Nur sendiri dan pendapat Nur sendiri, harap tidak disalah erti oleh sesiapa jua. Sesungguhnya segala bentuk kejadian Allah itu sudah sempurna dan cantik namun masih ada manusia yang ingkar dan melampaui batas dengan melakukan perkara yang berlawanan seperti mencintai sesama jantina. 

Ingatlah kepada lelaki mahupun wanita yang cenderung kepada sesama jantina, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang diredhai Allah swt..Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan Dia Maha Penerima Taubat. Janganlah kita cuba mencabar kekuasaan Allah swt Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu kelak kita jua yang rugi dan menanggung azab yang pedih di akhirat, pada hari pembalasan di mana hari yang tiada naungan lain selain naungan Allah swt..

Ingatlah bahawa mati itu benar, kiamat itu pasti, syurga itu benar dan neraka itu benar dan janji Allah itu jua benar. 

Peringatan buat diri Nur jua yang banyak kekurangannya..
11.20 a.m

No comments:

Post a Comment