Wednesday, October 5, 2011

Cinta Sufi..Laksamana Sunan, Bicara Pedusi..

 
Assalammualaikum..alhamdulilah segala puji hanya bagi Allah swt yang masih mengurniakan kudrat kepada Nur untuk terus menulis..sekian lama meninggalkan 'rumah kecil' ini untuk mencari apa-apa yang memberi semangat untuk datang kembali mendiami 'rumah kecil' ini.

Alhamdulilah..tahun ni walau tahun kesedihan..Nur tetap diberi peluang oleh Allah swt untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri..dapat juga beraya sampai ke Melaka..hehe..dh bertahun-tahun tak jenguk Melaka..byk yg dh berubah..dapat g pantai dan merenung kejauhan laut lagi..wow..seronoknya..

Sekarang Nur sedang mengembara bersama Laksamana Sunan dalam Sutera Bidadari..baca sikit-sikit takut habis cepat walaupun teruja nak habiskan..novel Cinta Sufi dah habis dah..mula-mula baca sedih bila Laksamana Sunan kena tawan..huhu..

Selain itu, Nur nak citer jugak novel yang Nur beli dari penulisnya disini. Novel Bicara Pedusi ni memang best dan sangat menyentuh perasaan..Bila Nur membaca novel ni, Nur kembali muhasabah diri..sungguh Nur sesali dengan kehidupan lalu..:(

Oklah nanti Nur citer lagi..tiba-tiba rase mood merudum..emmm..sedih..

Bila sujud terasa sangat damai di hati..

Nurhidayah yusof
12.49 pm

Thursday, July 28, 2011

Saifudin bin Jalis atau Laksamana Sunan..

 Gambaran penulis seseorang yang digelar Laksamana Sunan
Assalammualaikum wbt..

Alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang masih mengurniakan segala nikmat kpd Nur dan seluruh hambaNya..moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur padaNya..amin..

Nur baru je habiskan baca buku Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid. Memang menarik dan sangat mengujakan..novel ini adalah kesinambungan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu..Nur benar-benar tertarik dengan jalan ceritanya..mendebarkan..walaupun mengikut logik akal kita tidak akan dapat mencari jawapannya namun jika kita memikirkan kekuasaan Allah pasti kita yakin bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

Watak yang amat hebat tentunya watak Saifudin bin Jalis atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan lelaki berduka dari Tanah Rencong..Sentiasa diburu kejahatan di mana-mana dan juga turut digeruni oleh musuh-musuhnya. Kali ini Laksamana Sunan dihantar ke abad 21 dan berjumpa kembali dengan gadis yang sangat mencintainya iaitu Haryani..Namun takdir ilahi menentukan bahawa manusia yang berlainan zaman tidak akan bersatu..begitulah jua yang terjadi pada Laksamana Sunan dan Haryani..kedua-duanya hampir berkahwin namun Laksamana Sunan kembali kepada zamannya apabila ditembak oleh Hamid pengikut ajaran sesat Ibnu Misad..

Laksamana Sunan adalah seorang lelaki yang hebat dalam pertarungan dan juga hebat ilmu agamanya yang diperolehi dari gurunya seorang wali sufi dari Aceh..itulah yang digambarkan oleh penulis novel ini..Selain itu, keimanan dan keyakinan Laksamana Sunan terhadap Allah swt dan kekuasaanNya teramat dikagumi Nur walaupun beliau hanyalah sebuah watak di dalam novel..Terlalu bagus untuk diikuti oleh kita kerana itulah sebaik-baik pegangan yang perlu kita sematkan di dalam hati..

Laksamana Sunan juga mengamalkan apa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW dan menunjukkan budi pekerti yang baik sebagai seorang hamba Allah..Beliau juga menawarkan perdamaian kepada musuh-musuhnya seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan agama kita yang mulia ini iaitu jalan perdamaian dan jalan kebenaran untuk kembali mentaati suruhan Allah swt. Bayangkan betapa hebatnya pekerti Laksamana Sunan dan bayangkan betapa agungnya dan hebatnya Nabi kita? Seorang manusia biasa yang baru sahaja mencontohi beberapa sifat dan pekerti Nabi Muhammad SAW sudah dianggap hebat, maka bagaimanakah dengan sifat dan pekerti Nabi Muhammad SAW sendiri?tentu jauh lebih hebat, lebih mulia..inilah intipati yang penulis novel tersebut ingin kita fikirkan..sebagai seorang umat Nabi Muhammad SAW, Nur merasakan bahawa kita jangan persiakan peluang yang Allah beri iaitu menjadi umat Nabi Muhammad SAW Rasul terakhir hingga hari kiamat..kerana sesungguhnya kita adalah umat yang terpilih..dan banyak kelebihan pada kita berbanding umat Rasul yang lain..

Maka sesungguhnya segala puji bagi Allah yang menciptakan dan menghadirkan seorang pemimpin agung yang sentiasa menjadi teladan kepada seluruh umat manusia..maka selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW Rasul kita, Nabi yang kita cintai, sayangi, rindui..

Moga selepas ini ramai lagi yang lahir sebagai seorang Laksamana Sunan yang dicorakkan kehidupannya mengikut acuan pekerti Nabi Muhammad SAW agar kita menjadi umat Rasulullah SAW yang boleh dibanggakan..

Salam rindu untuk Laksamana Sunan impianku..
3.23 pm

Friday, July 1, 2011

Sebuah Odyssey hati dan kehidupan



Assalammualaikum..Alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang menguasai semesta alam..masih dalam mood untuk penceritaan sebuah buku menarik, mencuit hati kecil Nur agar muhasabah kembali tentang diri Nur..apa yang perlu dipelajari dalam kehidupan kita sebagai hamba padaNya..

Buku ini menceritakan tentang 'Odyssey' ertinya perjalanan atau pengembaraan dalam bahasa Greek. Pengembaraan atau perjalanan yang dihuraikan dalam buku ini adalah mengenai nama dan sifat-sifat keagungan Allah yang mempunyai 99 nama-nama yang mulia..

Sebagai contoh kadang-kadang kita sebagai manusia sering lupa apa yang terjadi disekeliling kita..contohnya mempersiapkan sesuatu perancangan seperti memulakan kerja di tempat baru..kita tidak pernah pergi ke kawasan tersebut cuma sekadar mencari-cari maklumat dalam buku mahupun internet..akan tetapi walau kita dapat mengenal pasti kawasan tersebut namun untuk memahami atau membayangkan realiti keadaan kawasan tersebut pasti sukar kan?akhirnya kita memutuskan untuk bertanya sesiapa yang pernah melalui kawasan tersebut kan?

Begitulah perumpamaan kita memerlukan 'panduan' dalam kehidupan kita..Allah swt Al Haadi (Yang Maha Memberi Petunjuk) telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk diajarkan kepada umat manusia hingga akhir zaman dan Nabi Muhammad SAW juga meninggalkan sunnahnya kepada kita sebagai panduan selepas kewafatan Baginda, namun berapa ramaikah yang mengingati pesan Nabi Muhammad SAW? Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW semampu yang boleh. Allah Al Haadi juga dapat memberi petunjuk kepada sesiapa jua hambaNya yang dikehendaki untuk ke jalan kebenaran.

Allah Al Matin, Al Jabbar dan Al Wadud yang Maha Kukuh, Maha Menundukkan dan Maha Pencinta adalah satu adunan yang unik yang Allah berikan kepada khalifahNya di muka bumi ini iaitu seorang warden penjara yang tegas, dan berdisiplin dan penyayang kepada banduan-banduan yang menjalani hukuman penjara..Beliau berjaya mendidik hati banduan-banduan tersebut untuk melakukan perubahan dalam hidup mereka..Semuanya atas izin Allah jua yang Maha Mengatur segala-galanya..

Sesungguhnya kehidupan ini pasti dirasakan sebagai penjara sekiranya segala peraturan yang Allah tetapkan dipandang sebagai suatu yang menyusahkan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah supaya kita sentiasa dapat merasakan kasih sayang Allah yang teradun dalam semua peraturan tersebut. Allah menyediakan syurga untuk semua hambaNya dan Dia juga berikan panduan agar kita berjaya sampai ke syurga yang disediakan sebagai kediaman abadi buat kita di kampung akhirat.

Semoga dalam odyssey kita ke negeri akhirat kita sentiasa merasakan kasih sayangnya dalam Asmaulhusna dan dengan rahmatNya jua kita dimasukkan ke syurgaNya dan dijauhi dari azab api nerakaNya..amin..

Nurhidayah
11.20 a.m



Thursday, June 16, 2011

Kesinambungan Demi Duha..

Assalammualaikum..alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang masih mengurniakan nikmat dan rezeki kepadaku..amin.. Ok hari Nur nak sambung entri tuk novel Demi Duha karya Muhammad Makhdlori penulis dari seberang..

Novel ini mengisahkan kelebihan solat sunat Dhuha apabila dijadikan amalan rutin setiap hari..Banyak kelebihan yang Allah beri melalui solat sunat Dhuha..Solat sunat Dhuha dikerjakan apabila matahari terbit bermula 2 rakaat, boleh dikerjakan sehingga 12 rakaat..Solat sunat Dhuha lebih afdal dilakukan apabila matahari naik sepenggalah yakni lebih kurang pukul 12 tengahari.. 

Kelebihan solat sunat Dhuha diterjemahkan dalam novel ini melalui watak utamanya iaitu Hamdal seorang lelaki yang berusia, mempunyai seorang isteri dan dua orang anak iaitu lelaki dan perempuan. Beliau dahulunya mempunyai kehidupan yang agak baik namun akibat hartanya disita untuk melunaskan hutangnya, beliau jatuh miskin dan tinggal di sebuah pondok buruk. Beliau bekerja sebagai pencari barang terpakai atau terbuang untuk menampung kehidupannya..Walaupun beliau jatuh miskin, namun beliau tidak pernah meninggalkan amalan solat sunat Dhuha selain sentiasa redha dan tawakal hanya pada Allah dalam segala urusannya..Beliau juga telah mengajarkan amalan dan kelebihan solat sunat Dhuha kepada Ilham seorang anak muda yang hilang arah dalam kehidupan akibat putus cinta.. Keimanan beliau teruji apabila beliau difitnah oleh Lestari seorang anak orang kaya yang hidup tanpa pegangan agama dan akhirnya atas tuduhan palsu tersebut beliau dipenjarakan, namun beliau tetap yakin akan kebenaran di pihaknya..Akhirnya berkat pertolongan dari Allah swt beliau dibebaskan dan tidak disangka-sangka beliau mendapat rezeki dari Allah sebuah rumah baru hasil royalti jualan CD selawat oleh anak perempuannya Marhammah yang menuntut di pesantren.
Kesimpulannya semoga kita dapat belajar dan mengamalkan amalan solat sunat Dhuha ini dengan istiqamah bukan sahaja untuk kejayaan di dunia tetapi demi Duha untuk keredhaan Allah swt jua..insya Allah..


Nurhidayah
12.43 pm

Monday, June 13, 2011

Masa lapang di hujung minggu..

Assalammualaikum..alhamdulilah segala puji hanya bagi Allah swt.. Hari ni baru Nur rase rajin nak update blog ni..mungkin teruja dapat merealisasikan impian nak buat cupcake..hehe..

Nur dapat resipi dari Cik Ainaa Corner, so Nur pun try kt rumah..(sambil xlupa petua Chef Sabri ketika memasak..chewah..) Pagi2 lagi dah pi market cari barang-barang nak masak kan..rumah Nur ni mana ada kelengkapan baking-baking ni kan..so Nur pegi cari acuan cupcake, barang hiasan..(chocolate chips dan chocolate rice..semua coklat..yummy..).

Lepas tu balik rumah rase penat Nur xlarat nak buat lagi, layan drama Nur Kasih dulu kat youtube..Lepas Asar baru start sediakan bahan-bahan dan mulakan acara memasak..

Meh putar dulu bahan-bahan awal (butter, sugar and milk..)

Ni belum sebati lagi ok..
 Ok dah lenguh memutar..dan masuk semua bahan-bahan..Nur asingkan jadi dua bekas sbb nak mixed perisa pandan & coklat..


 
Pastu prepare bekasnyer untuk dituangkan campur-campur ok..


Disebabkan dulang yang comel + oven yang comel juga maka terpaksa bako (masak) kek tu sedikit demi sedikit..penat Nur tunggu tau nak habiskan dua bekas (coklat + pandan)..

 
Tabur-tabur choc chips and choc rise tuk rase coklat yang lebih lazat..n manis..nampak cam menarik tapi tak tau sedap ke tak?hehe..layankan jela ye..

And this adalah hasil setelah dibako selama 25 minit..tadaaaaaaaaaaaaaaaa..

Maaf saja je amik gambor gelap-gelap coz taknak orang amik cupcake Nur..hehe

Ok selepas itu Nur tidur langsung tak sedarkan diri..mungkin penyakit Nur sama yang takleh Nur nak penat sikit kan..terus lesu satu badan..bukan kerana kek yang telah memengsankan Nur ok..(makan dua biji je, yang len smua adik-adik makan..)
Insya Allah Nur rajin Nur update kesinambungan Demi Dhuha..

Nurhidayah
12.49 pm






Tuesday, May 10, 2011

Menyelusuri sebuah kisah..Demi Duha..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang masih memberi rahmat kepada seluruh alam ini.. Minggu ni terasa sangat-sangat bahang kepanasan yang melanda negara Malaysia bumi bertuah ciptaan Allah swt..cuti minggu lepas pun Nur xkemana..sekadar memeram di dalam rumah..hehe

Alhamdulilah pesta buku tahun ni, dapat juga Nur menjejakkan kaki untuk pertama kalinya sejak pesta buku diadakan..bukan xpernah teringin nak pergi tapi selalu terlepas pandang tarikh pesta buku tu..maklumlah dulu kurang sikit membaca, sekarang buku la peneman setia Nur sejak dua menjak ni..huhu..

Okay..Nur nak gtau ni buku pertama yang Nur start baca selepas dapat 'tangkap' 5 biji buku hari tu........... tadaaaaaaaaa!


Sangat menarik permulaannya..

Sila abaikan background ok..curi-curi baca kt opis..hehe..kt umah kurang masa nk baca.. rasa tak rugi baca walaupun baru je start..:)


So nanti Nur citer lagi tentang buku ini ye..meh jom baca reramai..


Nurhidayah
12.09 pm

Wednesday, May 4, 2011

KASIH SEORANG ADAM

Sekadar gambar hiasan
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum..alhamdulilah segala puji bagi Allah s.w.t yang memberi rahmat dan memberi kesempatan pada Nur untuk terus memberi peringatan pada diri Nur sendiri dan juga insya Allah kepada sesiapa yang pernah tersesat ke sini.. hehe:)

Umum mengetahui kaum Adam adalah lelaki dan asalnya adalah Nabi Adam a.s juga adalah seorang lelaki dan manusia pertama yang diciptakan Allah swt. Adam pasangannya adalah Hawa yakni perempuan. Itu adalah fitrah alam samada manusia mahupun haiwan iaitu jantan dan betina. Rasul-rasul dan Nabi-nabi utusan Allah juga adalah dikalangan kaum Adam sendiri. Allah telah berfirman yang bermaksud:-


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah An-Nisaa (4): ayt 1)

Ok hari ni Nur nak cerita sikit tentang kaum Adam yang Nur tahu melalui pembacaan, pendapat peribadi mahupun pengalaman Nur sendiri. Antaranya adalah:-

1-   HIDUP LELAKI LEBIH MUDAH/DIANGGAP MUDAH
    - Mereka menganggap apa jua masalah yang datang adalah sesuatu yang mudah ditangani walaupun hati mereka mengatakan tidak. Mereka cenderung menganggap sesuatu itu adalah remeh terutamanya berkaitan permasalah kaum wanita. Kerana itu lelaki tidak memahami sebarang bentuk kiasan kerana mereka suka berterus terang tetapi dalam soal perasaan dan hati mereka berada di bawah tahap sifar kerana sangat takut berterus terang walaupun telah berlaku curang. Sekiranya wanita tidak jelas tentang sesuatu mengenai diri lelaki lebih baik berbincang secara terbuka mahupun terus ke tajuk sebenar tanpa perlu kiasan.

2-  BAHASA LELAKI BERLAINAN DARI PERLAKUANNYA
   - Lelaki sukar memahami wanita dan wanita sukar memahami lelaki. Kerana apa? Kerana perbezaan bahasa dan maksud yang sebenar. Seorang lelaki yang berbicara dengan seorang wanita tidak akan memaksudkan apa yang dibicarakannya tapi apa yang dilakukannya adalah apa yang dimaksudkannya. Sebagai contoh jika seorang lelaki mengatakan dia suka pada seorang wanita bukanlah bermakna dia menyukai wanita itu secara serius, akan tetapi jika lelaki itu sanggup berbuat apa sahaja kerana wanita itu bermakna wanita itu yang ada dalam hatinya walaupun lelaki itu tidak pernah menyuarakan apa-apa perasaan pada wanita tersebut, kerana lelaki sukar meluahkan apa-apa yang bermakna melalui kata-kata.

3-  LELAKI LEBIH SENANG BERDIAM DIRI
   - Lelaki lebih suka menyendiri mahupun berdiam diri jika sedang marah mahupun berfikir tentang yang serius.

4-  LELAKI TIDAK SUKA DIPAKSA
   - Lelaki tidak suka dipaksa dengan sesuatu yang tidak mereka sukai lebih-lebih lagi tentang perasaannya dan jika terdesak mereka akan mengatakan sesuatu yang tidak wanita sukai. Lebih baik meneliti tentang perlakuannya atau perubahannya dan membiarkan mereka sendiri berterus terang.

5-  LELAKI TIDAK SUKA DIKRITIK
   - Mereka tidak suka dikritik lebih-lebih lagi oleh orang yang mereka sayangi kerana jiwa lelaki sebenarnya lebih sensitif bila mereka sangat menyayangi seseorang wanita itu.

6-  LELAKI SENTIASA PERLUKAN SOKONGAN
   - Mereka sangat perlukan sokongan, bimbingan walaupun telah dewasa kerana mereka jarang berfikir dalam jangka masa panjang. 

Ok, cukup kot banyak tu, sebenarnya banyak lagi, tapi itu ciri-ciri yang selalu Nur jumpa, dan satu lagi adalah lelaki memang terkenal dengan keegoaan mereka yang kadang-kadang tidak bertempat langsung. Tapi walau setinggi mana ego mereka, mereka tetap akan kalah dengan kasih sayang seorang wanita.  

Justeru itu, Allah telah menciptakan pasangan lelaki seorang wanita yang mampu melengkapi segala kekurangan dirinya dan dapat membahagiakan hatinya di kala susah dan senang..Kasih seorang lelaki itu tidak kurangnya dari kasih seorang ibu namun mereka kadangkala gemar menyembunyikannya di lubuk hati yang paling dalam. Ketahuilah bahawa dalam hati seorang lelaki itu ada seorang wanita yang pernah dia cintai setulus hatinya yang diletakkan di sudut hatinya yang paling dalam walaupun dia telah pun berkahwin.

Semua yang Nur coretkan disini semata-mata dari pembacaan Nur sendiri dan pendapat Nur sendiri, harap tidak disalah erti oleh sesiapa jua. Sesungguhnya segala bentuk kejadian Allah itu sudah sempurna dan cantik namun masih ada manusia yang ingkar dan melampaui batas dengan melakukan perkara yang berlawanan seperti mencintai sesama jantina. 

Ingatlah kepada lelaki mahupun wanita yang cenderung kepada sesama jantina, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang diredhai Allah swt..Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan Dia Maha Penerima Taubat. Janganlah kita cuba mencabar kekuasaan Allah swt Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu kelak kita jua yang rugi dan menanggung azab yang pedih di akhirat, pada hari pembalasan di mana hari yang tiada naungan lain selain naungan Allah swt..

Ingatlah bahawa mati itu benar, kiamat itu pasti, syurga itu benar dan neraka itu benar dan janji Allah itu jua benar. 

Peringatan buat diri Nur jua yang banyak kekurangannya..
11.20 a.m