Tuesday, March 20, 2012

Ilham..

Bismillahirrahmanirrahim..Lamaaaaaaaaaa rasanya tidak menulis, mencoret atau apa sahaja dalam blogku ini..entah mengapa seakan fikiran kelesuan, kebuntuan dan semangatnya bagai hilang entah dimana.. Tapi hari ini digagahkan jua untuk menulis sebentar sebagai mengubat kerinduan pada blogku ini..

ILHAM..ada dua yang ingin diceritakan di sini.. Pertamanya tentang diriku ini yang mengharap Ilham tiba untuk menulis, tetapi tetap tidak kunjung tiba..Kadang-kadang banyak yang ingin diceritakan tetapi akhirnya kaku, sepi juga blogku ini..tiada sebarang coretan..mungkin Allah tidak mentakdirkan di waktu itu untuk ku menulis..dan hari ini aku menulis..walau dalam seribu kepayahan..bukan sakit, tapi kepayahan memerah otak...:).. Menjadi seorang penulis terus dari hati dan ke hati yang lain memang sukar..diakui oleh ramai penulis..kadangkala hati ku menerimanya tetapi belum tentu 'tetamu' yang tiba di blogku ini(ada ke?)..kita ingin menyampaikan perkara A, tetapi mereka memahaminya dengan perkara B..so disini ku mengharapkan agar mereka cuba untuk memahami..tidak susah apa yang ku utarakan cuma ke selatan je..eh apa ni?.. ada ke entry ku yang tidak masuk akal?oh tidakkkk..bukan begitu..kisahnya bukan di blog ini tetapi di mukabuku ku.. apa kisahnya?biarlah angin yang bawa ia terbang..cewah..walaupun yang ditulis itu hanyalah sekadar komen tetapi ia bermakna kan bagiku?..oklah biarlah disitu ye..(jangan marah)..siapa?..entah..

ILHAM..yang kedua ini oh amat bermakna..baru terjumpa satu blog yang sangat menarik, terbaik dan tulisannya adalah dari hati..setiap entrynya oh amat menyentuh hati dan berkali-kali membuatku berderaian airmata..(bukan cengeng tau..)..dan paling penting membuka mata hatiku untuk muhasabah diri ini..terima kasih ya Allah kerana memberi Ilham pada penulisnya untuk membawa ku ke alam keinsafan..Alhamdulilah..moga Allah merahmati penulisnya sekeluarga..so sekarang best woo dah jadi blog favourite tau..

Ok tu je nak tulis hari ni..
Kesihatan alhamdulilah masih stabil..dan ingatan itu masih ada..

Nurhidayah
3.34 p.m

Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H, Kekuatan Hati dan DOA

Assalammualaikum..alhamdulilah segala puji hanya bagi Allah swt yang memberi keizinan untuk Nur menulis untuk kesekian kalinya dalam blog picisan ini.. Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk merayakan hari raya aidiladha/hari raya korban/hari raya haji.. sungguh sayu saat laungan takbir bergema..menggamit sejuta kesedihan..kekerdilan (betul ke eja ni?)..dan seribu satu memori..kalau setiap hari ada takbir sebegini alangkah indahnya..

02 November 2011, Nur buat check up kat Hospital Serdang..alhamdulilah..tiada apa yang perlu dibimbangkan..tak sangka penyakit yang Nur alami sekarang rupanya dah ada sejak Nur lahir lagi..cuma sejak tahun ni baru rasa simptom2nya..hehe..mungkin stress yang tinggi sangat2..(?)..sebabkan kos pembedahan dia yang ribu riban..so lupakan jela...biarlah..cuma Nur perlu kawal makan, kawal perasaan..supaya jangan nervous sgt ok..bykkan selawat dan bertawakal hanya pada Allah swt..

Sehari sebelum hari raya (sabtu), Nur dengan adik2..g shopping..yea!..tpi bukan shopping baju raya pun (banyak baju untuk deepavali je)..Nur g shopping buku..hehe..maklumlah gaji hari tue tak sempat beli, so ada masa dan ada duit ni, terus pegi kedai buku..cari-cari novel buku yang terbaik..jumpa tiga buku ni..

 
Tapi semuanya masih dalam status 'menunggu giliran untuk dibaca' (boleh ke camtu?)..hehe..sebenarnya Nur sedang baca majalah Gen-Q isu 03, so habiskan dulu diikuti dengan solusi isu 37 baru dapat baca buku-buku kat atas tu..


Nur sebenarnya nak kongsi ckit pasal isu yang diketengahkan dalam Gen-Q isu 02 yang Nur baca sebelum ni..sangat terkesan dengan doa yang diluahkan Nabi Muhammad saw..







Khususnya untuk diri Nur sendiri dan kepada sesiapa yang merasa dukacita, alunkanlah doa ini kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahan selepasnya..kita mohon pada ilahi agar diberi kekuatan hati ketika ujian dirasakan amat berat untuk ditanggungi..sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar..


Di samping itu, Nur kongsikan serba sedikit mengenai amalan berdoa..setiap orang pasti pernah merasa agak kecewa atau pernah hampir berputus asa tatkala merasakan doanya seperti tidak dimakbulkan Allah swt bukan? Jangan begitu, sebagai hamba Allah swt, ingatlah bahawa jika doa kita terus dimakbulkan Allah swt, kita harus bersyukur dan teruskan dengan berdoa..jangan berdoa apabila saat kesusahan sahaja..ingatlah Allah tatkala terima nikmat mahupun ujian..nikmat harus disyukuri, ujian harus didepani dengan sabar dan tawakal..jika doa dirasakan masih belum dimakbulkan, ingatlah Allah swt akan memakbulkan pabila sampai waktu yang sesuai dan jika kita tidak mendapatkannya di dunia, Allah swt akan mengurniakan di akhirat..pasti dan pasti jika doa yang diminta dengan niat yang baik, tulus ikhlas semata-mata kerana Allah swt, insya Allah akan dimakbulkan Allah swt.. Yakinlah pada Allah swt dan jangan sesekali berburuk sangka pada Allah swt..


Semoga kita menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai teladan yang baik, yang mana Nabi Muhammad saw sentiasa berdoa ketika permulaan bangun tidur dan setiap waktu dalam kehidupan baginda..jika kita amalkan doa-doa harian seperti doa bangun tidur, doa masuk bilik air, keluar bilik air, makan dan minum, berhias diri, memakai pakaian dan lain-lain, maka sekaligus kita sentiasa mengingati Allah swt setiap masa dan mendatangkan barakah dalam setiap perbuatan kita..insya Allah..


Kepada diriku dan semua muslimin, muslimat, ayuh kita berdoa..kerana sesungguhnya Allah swt menyukai hambaNya yang sentiasa berdoa kepadaNya..


Nurhidayah
11.55 a.m


 

Wednesday, October 5, 2011

Cinta Sufi..Laksamana Sunan, Bicara Pedusi..

 
Assalammualaikum..alhamdulilah segala puji hanya bagi Allah swt yang masih mengurniakan kudrat kepada Nur untuk terus menulis..sekian lama meninggalkan 'rumah kecil' ini untuk mencari apa-apa yang memberi semangat untuk datang kembali mendiami 'rumah kecil' ini.

Alhamdulilah..tahun ni walau tahun kesedihan..Nur tetap diberi peluang oleh Allah swt untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri..dapat juga beraya sampai ke Melaka..hehe..dh bertahun-tahun tak jenguk Melaka..byk yg dh berubah..dapat g pantai dan merenung kejauhan laut lagi..wow..seronoknya..

Sekarang Nur sedang mengembara bersama Laksamana Sunan dalam Sutera Bidadari..baca sikit-sikit takut habis cepat walaupun teruja nak habiskan..novel Cinta Sufi dah habis dah..mula-mula baca sedih bila Laksamana Sunan kena tawan..huhu..

Selain itu, Nur nak citer jugak novel yang Nur beli dari penulisnya disini. Novel Bicara Pedusi ni memang best dan sangat menyentuh perasaan..Bila Nur membaca novel ni, Nur kembali muhasabah diri..sungguh Nur sesali dengan kehidupan lalu..:(

Oklah nanti Nur citer lagi..tiba-tiba rase mood merudum..emmm..sedih..

Bila sujud terasa sangat damai di hati..

Nurhidayah yusof
12.49 pm

Thursday, July 28, 2011

Saifudin bin Jalis atau Laksamana Sunan..

 Gambaran penulis seseorang yang digelar Laksamana Sunan
Assalammualaikum wbt..

Alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang masih mengurniakan segala nikmat kpd Nur dan seluruh hambaNya..moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur padaNya..amin..

Nur baru je habiskan baca buku Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid. Memang menarik dan sangat mengujakan..novel ini adalah kesinambungan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu..Nur benar-benar tertarik dengan jalan ceritanya..mendebarkan..walaupun mengikut logik akal kita tidak akan dapat mencari jawapannya namun jika kita memikirkan kekuasaan Allah pasti kita yakin bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

Watak yang amat hebat tentunya watak Saifudin bin Jalis atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan lelaki berduka dari Tanah Rencong..Sentiasa diburu kejahatan di mana-mana dan juga turut digeruni oleh musuh-musuhnya. Kali ini Laksamana Sunan dihantar ke abad 21 dan berjumpa kembali dengan gadis yang sangat mencintainya iaitu Haryani..Namun takdir ilahi menentukan bahawa manusia yang berlainan zaman tidak akan bersatu..begitulah jua yang terjadi pada Laksamana Sunan dan Haryani..kedua-duanya hampir berkahwin namun Laksamana Sunan kembali kepada zamannya apabila ditembak oleh Hamid pengikut ajaran sesat Ibnu Misad..

Laksamana Sunan adalah seorang lelaki yang hebat dalam pertarungan dan juga hebat ilmu agamanya yang diperolehi dari gurunya seorang wali sufi dari Aceh..itulah yang digambarkan oleh penulis novel ini..Selain itu, keimanan dan keyakinan Laksamana Sunan terhadap Allah swt dan kekuasaanNya teramat dikagumi Nur walaupun beliau hanyalah sebuah watak di dalam novel..Terlalu bagus untuk diikuti oleh kita kerana itulah sebaik-baik pegangan yang perlu kita sematkan di dalam hati..

Laksamana Sunan juga mengamalkan apa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW dan menunjukkan budi pekerti yang baik sebagai seorang hamba Allah..Beliau juga menawarkan perdamaian kepada musuh-musuhnya seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan agama kita yang mulia ini iaitu jalan perdamaian dan jalan kebenaran untuk kembali mentaati suruhan Allah swt. Bayangkan betapa hebatnya pekerti Laksamana Sunan dan bayangkan betapa agungnya dan hebatnya Nabi kita? Seorang manusia biasa yang baru sahaja mencontohi beberapa sifat dan pekerti Nabi Muhammad SAW sudah dianggap hebat, maka bagaimanakah dengan sifat dan pekerti Nabi Muhammad SAW sendiri?tentu jauh lebih hebat, lebih mulia..inilah intipati yang penulis novel tersebut ingin kita fikirkan..sebagai seorang umat Nabi Muhammad SAW, Nur merasakan bahawa kita jangan persiakan peluang yang Allah beri iaitu menjadi umat Nabi Muhammad SAW Rasul terakhir hingga hari kiamat..kerana sesungguhnya kita adalah umat yang terpilih..dan banyak kelebihan pada kita berbanding umat Rasul yang lain..

Maka sesungguhnya segala puji bagi Allah yang menciptakan dan menghadirkan seorang pemimpin agung yang sentiasa menjadi teladan kepada seluruh umat manusia..maka selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW Rasul kita, Nabi yang kita cintai, sayangi, rindui..

Moga selepas ini ramai lagi yang lahir sebagai seorang Laksamana Sunan yang dicorakkan kehidupannya mengikut acuan pekerti Nabi Muhammad SAW agar kita menjadi umat Rasulullah SAW yang boleh dibanggakan..

Salam rindu untuk Laksamana Sunan impianku..
3.23 pm

Friday, July 1, 2011

Sebuah Odyssey hati dan kehidupan



Assalammualaikum..Alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang menguasai semesta alam..masih dalam mood untuk penceritaan sebuah buku menarik, mencuit hati kecil Nur agar muhasabah kembali tentang diri Nur..apa yang perlu dipelajari dalam kehidupan kita sebagai hamba padaNya..

Buku ini menceritakan tentang 'Odyssey' ertinya perjalanan atau pengembaraan dalam bahasa Greek. Pengembaraan atau perjalanan yang dihuraikan dalam buku ini adalah mengenai nama dan sifat-sifat keagungan Allah yang mempunyai 99 nama-nama yang mulia..

Sebagai contoh kadang-kadang kita sebagai manusia sering lupa apa yang terjadi disekeliling kita..contohnya mempersiapkan sesuatu perancangan seperti memulakan kerja di tempat baru..kita tidak pernah pergi ke kawasan tersebut cuma sekadar mencari-cari maklumat dalam buku mahupun internet..akan tetapi walau kita dapat mengenal pasti kawasan tersebut namun untuk memahami atau membayangkan realiti keadaan kawasan tersebut pasti sukar kan?akhirnya kita memutuskan untuk bertanya sesiapa yang pernah melalui kawasan tersebut kan?

Begitulah perumpamaan kita memerlukan 'panduan' dalam kehidupan kita..Allah swt Al Haadi (Yang Maha Memberi Petunjuk) telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk diajarkan kepada umat manusia hingga akhir zaman dan Nabi Muhammad SAW juga meninggalkan sunnahnya kepada kita sebagai panduan selepas kewafatan Baginda, namun berapa ramaikah yang mengingati pesan Nabi Muhammad SAW? Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW semampu yang boleh. Allah Al Haadi juga dapat memberi petunjuk kepada sesiapa jua hambaNya yang dikehendaki untuk ke jalan kebenaran.

Allah Al Matin, Al Jabbar dan Al Wadud yang Maha Kukuh, Maha Menundukkan dan Maha Pencinta adalah satu adunan yang unik yang Allah berikan kepada khalifahNya di muka bumi ini iaitu seorang warden penjara yang tegas, dan berdisiplin dan penyayang kepada banduan-banduan yang menjalani hukuman penjara..Beliau berjaya mendidik hati banduan-banduan tersebut untuk melakukan perubahan dalam hidup mereka..Semuanya atas izin Allah jua yang Maha Mengatur segala-galanya..

Sesungguhnya kehidupan ini pasti dirasakan sebagai penjara sekiranya segala peraturan yang Allah tetapkan dipandang sebagai suatu yang menyusahkan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah supaya kita sentiasa dapat merasakan kasih sayang Allah yang teradun dalam semua peraturan tersebut. Allah menyediakan syurga untuk semua hambaNya dan Dia juga berikan panduan agar kita berjaya sampai ke syurga yang disediakan sebagai kediaman abadi buat kita di kampung akhirat.

Semoga dalam odyssey kita ke negeri akhirat kita sentiasa merasakan kasih sayangnya dalam Asmaulhusna dan dengan rahmatNya jua kita dimasukkan ke syurgaNya dan dijauhi dari azab api nerakaNya..amin..

Nurhidayah
11.20 a.m



Thursday, June 16, 2011

Kesinambungan Demi Duha..

Assalammualaikum..alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang masih mengurniakan nikmat dan rezeki kepadaku..amin.. Ok hari Nur nak sambung entri tuk novel Demi Duha karya Muhammad Makhdlori penulis dari seberang..

Novel ini mengisahkan kelebihan solat sunat Dhuha apabila dijadikan amalan rutin setiap hari..Banyak kelebihan yang Allah beri melalui solat sunat Dhuha..Solat sunat Dhuha dikerjakan apabila matahari terbit bermula 2 rakaat, boleh dikerjakan sehingga 12 rakaat..Solat sunat Dhuha lebih afdal dilakukan apabila matahari naik sepenggalah yakni lebih kurang pukul 12 tengahari.. 

Kelebihan solat sunat Dhuha diterjemahkan dalam novel ini melalui watak utamanya iaitu Hamdal seorang lelaki yang berusia, mempunyai seorang isteri dan dua orang anak iaitu lelaki dan perempuan. Beliau dahulunya mempunyai kehidupan yang agak baik namun akibat hartanya disita untuk melunaskan hutangnya, beliau jatuh miskin dan tinggal di sebuah pondok buruk. Beliau bekerja sebagai pencari barang terpakai atau terbuang untuk menampung kehidupannya..Walaupun beliau jatuh miskin, namun beliau tidak pernah meninggalkan amalan solat sunat Dhuha selain sentiasa redha dan tawakal hanya pada Allah dalam segala urusannya..Beliau juga telah mengajarkan amalan dan kelebihan solat sunat Dhuha kepada Ilham seorang anak muda yang hilang arah dalam kehidupan akibat putus cinta.. Keimanan beliau teruji apabila beliau difitnah oleh Lestari seorang anak orang kaya yang hidup tanpa pegangan agama dan akhirnya atas tuduhan palsu tersebut beliau dipenjarakan, namun beliau tetap yakin akan kebenaran di pihaknya..Akhirnya berkat pertolongan dari Allah swt beliau dibebaskan dan tidak disangka-sangka beliau mendapat rezeki dari Allah sebuah rumah baru hasil royalti jualan CD selawat oleh anak perempuannya Marhammah yang menuntut di pesantren.
Kesimpulannya semoga kita dapat belajar dan mengamalkan amalan solat sunat Dhuha ini dengan istiqamah bukan sahaja untuk kejayaan di dunia tetapi demi Duha untuk keredhaan Allah swt jua..insya Allah..


Nurhidayah
12.43 pm

Monday, June 13, 2011

Masa lapang di hujung minggu..

Assalammualaikum..alhamdulilah segala puji hanya bagi Allah swt.. Hari ni baru Nur rase rajin nak update blog ni..mungkin teruja dapat merealisasikan impian nak buat cupcake..hehe..

Nur dapat resipi dari Cik Ainaa Corner, so Nur pun try kt rumah..(sambil xlupa petua Chef Sabri ketika memasak..chewah..) Pagi2 lagi dah pi market cari barang-barang nak masak kan..rumah Nur ni mana ada kelengkapan baking-baking ni kan..so Nur pegi cari acuan cupcake, barang hiasan..(chocolate chips dan chocolate rice..semua coklat..yummy..).

Lepas tu balik rumah rase penat Nur xlarat nak buat lagi, layan drama Nur Kasih dulu kat youtube..Lepas Asar baru start sediakan bahan-bahan dan mulakan acara memasak..

Meh putar dulu bahan-bahan awal (butter, sugar and milk..)

Ni belum sebati lagi ok..
 Ok dah lenguh memutar..dan masuk semua bahan-bahan..Nur asingkan jadi dua bekas sbb nak mixed perisa pandan & coklat..


 
Pastu prepare bekasnyer untuk dituangkan campur-campur ok..


Disebabkan dulang yang comel + oven yang comel juga maka terpaksa bako (masak) kek tu sedikit demi sedikit..penat Nur tunggu tau nak habiskan dua bekas (coklat + pandan)..

 
Tabur-tabur choc chips and choc rise tuk rase coklat yang lebih lazat..n manis..nampak cam menarik tapi tak tau sedap ke tak?hehe..layankan jela ye..

And this adalah hasil setelah dibako selama 25 minit..tadaaaaaaaaaaaaaaaa..

Maaf saja je amik gambor gelap-gelap coz taknak orang amik cupcake Nur..hehe

Ok selepas itu Nur tidur langsung tak sedarkan diri..mungkin penyakit Nur sama yang takleh Nur nak penat sikit kan..terus lesu satu badan..bukan kerana kek yang telah memengsankan Nur ok..(makan dua biji je, yang len smua adik-adik makan..)
Insya Allah Nur rajin Nur update kesinambungan Demi Dhuha..

Nurhidayah
12.49 pm